Pemergian PL ke situ sebenarnya langsung tak dirancang. Cinta hati PL yg tiba-tiba bawa PL ke sana. Katanya sempena birthday PL, dia nk bawa PL ke suatu tempat yg indah. Memang berbaloi kerana tempat ni sangat..sangat..sangat cantik. Tambahan pula bila pergi bersama yang tercinta...hahahaha...tetiba mood gediks.
Pertama kali menjejakkan kaki ke Kokol Haven yg terletak di atas Bukit Kokol, hati PL terus terpaut. Reka bina resortnya yg cantik & unik, ditambah pula dengan kecantikan alam semulajadi..menjadikan resort ni ada tarikannya tersendiri.
Kokol Haven Resort
kelihatan jelas bandaraya Kota Kinabalu, lautan & pulau persekitaran
Sambil PL menikmati keindahan alam di sini, Cinta hati PL memberi penerangan serba sedikit mengenai perkampungan Kokol ni. PL kagum dengan Cinta hati PL tu. Bukanlah kerana dia yg bertakhta di hati kecil PL ni, tapi PL kagum kerana dia sentiasa memberi penerangan yang jelas tentang sesuatu tempat. (sambil dgr dia cakap, PL terfikir dlm hati..kalo kmpul modal, bole ajak dia share buka resort ni..hahaha). Dia bole jadi pemandu pelancong yang baik kerana pengetahuannya yg cukup luas. Tambah kagum, tambah syg...hahaha (aikss..tetiba tambah gedik). Ok...kita sambung bab resort ni.
pemandangan yang dapat dilihat dari beranda yg disediakan di Kokol Farmstay
Sedikit mengenai Kampung Kokol :
Terletak kira-kira 40km dari Bandar Kota Kinabalu & 10km dari Pekan Menggatal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit dari Pekan Menggatal. Perjalanan sedikit mencabar kerana jalan raya yg tidak diturap tetapi pemandangan sepanjang perjalanan tersebut begitu indah. Kedudukannya yang terletak di atas kaki bukit, membolehkan kita melihat Gunung Kinabalu yg tersergam indah serta seluruh Bandar Kota Kinabalu. Selain itu, kita dapat melihat Laut China Selatan yang indah membiru dan juga kelihatan beberapa buah pulau yang terkandung dalam lingkungan pulau Taman Tunku Abdul Rahman.
Selain dari Kokol Haven & Kokol Farmstay yang PL singgah tu, ada banyak lagi resort di sini. Tidak semua PL singgah kerana kekangan masa dan juga cuaca yang agak mendung pada petang tersebut. Satu lagi resort yang agak popular di situ ialah Kasih Sayang Boutique Health Resort & Spa. Resort ini terletak berhampiran kawasan air terjun di mana salah satu daripada air terjun tersebut merupakan punca air kepada penduduk kampung.
Kasih Sayang Resort
Keadaan geografi yang bertanah tinggi di sini sangat sesuai untuk acara sukan luncur udara iaitu paragliding. Pada setiap hujung minggu, Bukit Kokol telah menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk melihat juruterbang paragliding bermain di udara sepanjang hari.
Suhu di sini juga selalu sejuk terutamanya pada waktu pagi dan malam. Selain dari melalui Menggatal, perjalanan ke sana..boleh juga melalui Kiansom & Kiulu tetapi agak curam.
Bagi pencinta alam & yang dambakan percutian privasi serta ingin lari dari kesesakan kota...memang sesuai kalo menginap di sini. Bagi PL sendiri, sudah tentu suatu hari nanti, PL akan ke sana lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan