Jumaat, 26 Disember 2014

Sekadar menulis

Salam semua...sejak akhir April, hari ni br PL buka semula blog ni. Mcm2 perkara suka duka spnjg bbrp bulan PL x update blog ni. Antaranya...tanggal 4 Mei 2014, cucu saudara PL yg kedua dilahirkan di Hospital Ampang, Pandan Mewah. Baby boy gak. Masa dia lahir tu mcm2 dugaan gak sbb dia ada mslh prnafasan n kena tahan di icu lbh krg smgu juga kalo x silap. Tiap2 hari wat solat hajat. Alhamdulillah skg dh mmbesar mengatasi saiz abg sepupunya yg lahir 2 bln sblm dia tu. 
Pastu dlm bln Jun lak PL n families sume pegi Baling, Kedah krn meraikan abg sulung menantu saudara PL. Of coz la kena pegi kan sbb besan PL ni sggup dtg dr jauh ke kg PL di Kemaman sbb nk raikan mjlis ank saudara PL. Lps knduri tu, PL terus blk ke KL tp ada sbhgian lg ambik kesempatan smbung cuti kat Langkawi lak. PL je la yg spai skg belum prnh spai lg ke tanah lagenda Mahsuri tu.
Bln Julai lak bln raya coz hari raya puasa thn ni jatuh pd tanggal 28 Julai 2014. Thn ni PL n family adik PL beraya ngan family kakak PL kat kg abg ipar di Kg Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan. Agak meriah tapi....urmmm, kg org kan. Mana la nk sama ngan kg sdri. Tp ok la...Lgpun PL x dpt cuti sbnrnya thn ni. Hehe...dh mcm keje askar/polis lak kan. Opppssss...sblm tu, masa 12-13 Julai tu PL pi ke KK. Cuti2 ramadhan di sana. Syok juga travel dlm bln pose ni. Dr KL, PL pi sorang. Ank saudara PL yg bljr kat UNiMas Kuching gerak dr sana. Kami kmpul kat airport. Ank angkat PL yg cntik gebu (org sabah) yg jmput kami. Kami pi tdo kat cottage dia ladang teh Ranau. Seronok oooo...terasa mewah seolah2 tu ladang kami yg punya...hahaha.
Bln Ogos lak ada apa ye? PL lupa la apa yg menarik brlaku dlm bln tu selain dr cuti hari kebangsaan. Nnt kalo PL dh ingat, kita throwback ye..hihi
Bln 9 lak ada mjlis perkahwinan ank saudara PL yg ustaz al yamani tu kahwin. Mjlis smbut menantu kami buat kat rmh satu2 nya bapa saudara PL. Konon nk buat simple tp ramai juga tetamu yg hadir. Mmg meriah jadinya. 
5 Oct 2014 lak smbut raya haji. Sepeti kebiasaan, tiap tahun PL smbut kat KL je. 
29 Nov lak dikira hari yg bersejarah dlm family PL sbb kami semua brkumpul dia rmh abg PL kat Bukit Sentosa, Rawang. Tujuannya hanya satu. Memenuhi kehendak tokwan PL yg beria2 nk kmpulkan cucu cicitnya. Tp agak ralat sbb abg PL yg polis tu x dpt join coz tugasan yg x mengizinkan.
11 Dis 2014, hari khamis mlm jumaat tepat jam 8.40 mlm tokwan PL telah mengembuskan nafasnya yg terakhir. Jenazah telah dibawa pulang dan disemadikan dia Tanah Perkuburan Kg Ibok. Alhamdulillah jenazah arwah telah dimandikan dan dikapankan di rumah adik PL dia Taman Sri Orkid, Seksyen 30, Shah Alam. Mulanya kami agak buntu tp jiran2 yg baik hati bnyk mmbantu sehingga semuanya brjln dgn lancar dan mudah.
Skg ni pula musibah sdg menimpa penduduk pntai timur apabila banjir yg maha dahsyat melanda. Semoga Allah melindungi semua mangsa yg terlibat.

Selasa, 29 April 2014

Cik diari hati 29 Apr 2014

Salam...tetengah mlm ni sunyi pulak rasanya bila sume dh tdo. Time2 cmni la PL layan sentimental lak. Bkn apa..bila suasana sunyi cmni, mata pun segar lg berkelip2, fikiran tu mula la melayang ke mana2. Mcm2 prkara yg brlegar kat otak PL ni. Kisah lalu, skg n apa la yg mgkn brlaku pd masa dpn. Kisah lalu ada suka n dukanya. Kisah skg...apa saja yg brlaku, PL mesti harungi. X kira la pkara tu manis atau pahit. Wajib berdepan juga. Dh namanya rencah kehidupan. Kalo manis je spnjg masa, xde la cabaran. X terasa la nikmatnya hidup..betul x? Berkenaan masa depan lak, bnyk perancangan sbnrnya. Tp..samada perancangan tu menjadi atau tidak, hanya Allah yg tahu. PL cuma mmpu berusaha utk jayakan apa yg diimpikan. Harapnya biarlah impian mnjadi kenyataan kan. Huh...semua org nk impian mereka jd kenyataan. Hahaha...apa la yg PL melalut ni. Bila baca blk dr awal, apa yg PL tulis, mcm xde motif je. Haiiii...entah la. Mgkn jiwa sdkit kacau ni. Ada rasa sedih yg trsembunyi dlm senyuman yg terukir. Hmmmm....drpd PL terus melalut ntah apa2, baik PL tdo je kan? Bila hati dh tenang dan fikiran dlm keadaan betul2 waras..(bkn PL x siuman tau..hehe), jiwa pun x kacau...kita kembali bercerita hal2 serius pulak ye. Slmt mlm....adiossss

Rabu, 23 April 2014

catatan hari ni

Salam sume....
hari ni Rabu, 23 April 2014.

chewah...mcm heading berita je kan. heee. Last PL update blog ni masa 18 Mac baru2 ni lpas PL balik dr bercuti di KK kan. Lepas tu, PL sdri pun dh x buka2 lg blog ni. Sebab.....PL rushing siapkan hantaran ank sdare PL. Ye la..dh lama dia bg PL buat, tp memikirkan masa tu pnjg lg, selalu tangguh je la. Sudahnya..bila last minute, baru la kelam kabut. Zap..zup..zasss..bole pulak PL siapkan dlm satu mlm je. Huh..bkn ssh pun sbnrnya, tp dah tabiat suka bertangguh tu sebati dlm diri. 
Berkenaan gmbr2 masa majlis perkahwinan ank sdare PL tu, kita hold dl ye coz kali ni PL x snap pun pic dorang kat hp PL. Lagipun dorang dh byr mahal2 kat photographer tu kan, jd..biarlah dia je yg jalankan tugas klik2 ni. Kalo nk tgk gmbr2 tu sume, tgu la lps dia siap edit & serahkan cd tu nnt. Apa yg PL leh bgtau cuma, mmg meriah majlis tu & pasangan pengantin pun mmg awesome. hehe...tgk la ank sdare sape kan?
Hurmmmm....hari ni pulak. Td ank sdare PL yg kedua wasap PL, dia tnya setuju x kalo dimasukkan PL dlm grup wasap keturunan PL ni. Oooo...baru la PL tahu, ada grup susur galur keturunan PL rupanya. Ok la jugak tu kan. Sekurang2 nya PL leh tahu la PL ni keturunan dr mana. Selama ni tak ambik tahu sgt. Sdare-mare pun PL kenal yg rapat2 je. Bkn PL ni sombong..Opppsss, diulang sekali lagi. PL TAK SOMBONG ok..cuma PL kurang didedahkan dgn sejarah keturunan PL ni. Masa kecik2 ada la juga dibawa ke rmh sdare mare time kenduri & raya. Pastu bila dh besar & ditambah pula bersekolah di luar daerah kampung halaman PL & sekarang pula bekerja di perantauan. Mmg jarang la PL balik kg. Apatah lg untuk bermesra n bersua muka dengan sanak saudara. Balik pun time raya je. Kalau kenduri pun, tgk pada kelulusan cuti. Itupun PL apply cuti time sepupu rapat je la. Bkn x sudi nk jejak kaki ke kg halaman tercinta lg, tp memandangkan PL ni keje mkn gaji dan cuti tahunan pun cuma 16 hari, kena la peruntukkan utk event yg sgt2 penting. Walaupun adakalanya cuti tu PL lebihkan utk agenda percutian..ahakss.
Ok...kita berbalik pd grup wassap td. Bila dh ditambah masuk dlm grup tu, terfikir pulak PL, ada baiknya juga kalo PL masukkan carta susur galur family PL dlm blog ni kan. Cuma kena ambik masa sikit la sbb tahu2 aja la tahap kerajinan PL ni di level mana. Tambahan pulak, maklumat tu mestilah di cari dr sumber yg boleh dipercayai. Apa2 pun PL tabik spring pada sepupu ayahanda PL yg merangkap Pak Sepupu PL la kan, "POK DE SOR" atas usaha murni beliau menubuhkan grup ni bagi memastikan kesinambungan sejarah keturunan kami. BRAVO POK DE..

Selasa, 18 Mac 2014

corat coret ari ni

Assalamualaikum....
Walaweh..lamanya PL tak ber 'pot pet' di sini. Kali ni bkn kerana bz. Tp kerana PL rasa cam malas nk menaip. hehe..Diam x diam, skg ni dh pertengahan bln Mac. Kebetulan lak ari ni 18 Mac, bday ank sdare PL yg sulung tu. Sbnrnya PL ni baru balik dr berjimba bersama family kat KK. Mood cuti masih ada lg. Seronoknya bila dpt cuti lama2 ni kan. Tambah lak bersama yg tersayang. Kalo la PL ni jutawan yg x payah keje, mmg pegi holiday je la selalu keje PL. hahaha..verangan.
Semasa di KK baru ni, PL book Likas Square Condotel. hotel yg PL menginap masa 1st time ke KK dl. Bkn apa, PL kan pi sana with family group, jd..ambik apartment ni selesa sket kan. Walaupun ada sedikit kecacatan dlm keindahan tu. Bilik kemain cantik tp dlm toilet xde getah paip. Sukarnya untuk 'menyucikan diri". Tp..PL dh komplen secara bertulis pd pihak hotel tu supaya lain kali dia perbaiki mutu bilik air tu. PL ada plan nk pi lagi ke sana nxt time...tp kali ni x nak dh duk hotel ni sbb nk try hotel lain lak.
Dr awal sblm spai KK tu..mcm2 tmpt PL plan dlm jadual. Tp bila smpai sana, ada jugak tmpt yg x terpergi sbb kekangan masa n x tau jalan. wakakaka....Alah...tmpt yg lain tu PL leh pi lain kali je la. Kali ni mmg syok pegi sbb chenta hati PL yg cilik 2 org tu ada sekali. Yg syoknya PL ckp kat si abg, bilik apartment tu rmh dia. Jd..tiap kali sebut nk balik hotel, dia akan sebut nk balik "rmh abg". Suka sgt dia duk situ smpaikan masa kami nk kuar mkn mlm tu..dia x nak kuar. Katanya abg nk duk rmh abg je.
Namun yg paling PL xkan lupakan..sepanjang di Pulau Manukan. Sgt bermakna pd diri PL. Kenapa?? adalah.......hahaha
ari ni PL x nak citer lg secara terperinci perjalanan percutian tu sbb PL lum upload lg gmbr2 kat sana.

OK...skg ni PL nk citer psl bakal ank sdare PL, si Soya tu. Balik dr KK baru ni dia masuk wad coz kena minum Iodin lg utk matikan sel kanser dlm paru2 dia. Harap2 kali ni bole mati sume sel2 tu. Lbh kurang 2 minggu lg Soya akan dinikahkan ngan ank sdare PL. Blk kg lg la PL coz ank sdare nk kawin kan. Tp kali ni PL cuma dpt cuti 3 hari je sbb PL dh amik cuti awal utk pi KK tu la. Harap2 majlis kawin Soya & Zaim berjalan lancar seperti yang dirancang & lebih meriah dr majlis abg2 dia ari tu.

Erk...apa lagi nk citer erk. Tetiba blur..ni gara2 rakan sekerja PL la dtg ajak borak lak. Habis berterbangan cerita2 dlm kepala PL ni..ok la..PL chow dl la ye. Jmpe lg di lain kesempatan.

Wassalam