Rabu, 23 April 2014

catatan hari ni

Salam sume....
hari ni Rabu, 23 April 2014.

chewah...mcm heading berita je kan. heee. Last PL update blog ni masa 18 Mac baru2 ni lpas PL balik dr bercuti di KK kan. Lepas tu, PL sdri pun dh x buka2 lg blog ni. Sebab.....PL rushing siapkan hantaran ank sdare PL. Ye la..dh lama dia bg PL buat, tp memikirkan masa tu pnjg lg, selalu tangguh je la. Sudahnya..bila last minute, baru la kelam kabut. Zap..zup..zasss..bole pulak PL siapkan dlm satu mlm je. Huh..bkn ssh pun sbnrnya, tp dah tabiat suka bertangguh tu sebati dlm diri. 
Berkenaan gmbr2 masa majlis perkahwinan ank sdare PL tu, kita hold dl ye coz kali ni PL x snap pun pic dorang kat hp PL. Lagipun dorang dh byr mahal2 kat photographer tu kan, jd..biarlah dia je yg jalankan tugas klik2 ni. Kalo nk tgk gmbr2 tu sume, tgu la lps dia siap edit & serahkan cd tu nnt. Apa yg PL leh bgtau cuma, mmg meriah majlis tu & pasangan pengantin pun mmg awesome. hehe...tgk la ank sdare sape kan?
Hurmmmm....hari ni pulak. Td ank sdare PL yg kedua wasap PL, dia tnya setuju x kalo dimasukkan PL dlm grup wasap keturunan PL ni. Oooo...baru la PL tahu, ada grup susur galur keturunan PL rupanya. Ok la jugak tu kan. Sekurang2 nya PL leh tahu la PL ni keturunan dr mana. Selama ni tak ambik tahu sgt. Sdare-mare pun PL kenal yg rapat2 je. Bkn PL ni sombong..Opppsss, diulang sekali lagi. PL TAK SOMBONG ok..cuma PL kurang didedahkan dgn sejarah keturunan PL ni. Masa kecik2 ada la juga dibawa ke rmh sdare mare time kenduri & raya. Pastu bila dh besar & ditambah pula bersekolah di luar daerah kampung halaman PL & sekarang pula bekerja di perantauan. Mmg jarang la PL balik kg. Apatah lg untuk bermesra n bersua muka dengan sanak saudara. Balik pun time raya je. Kalau kenduri pun, tgk pada kelulusan cuti. Itupun PL apply cuti time sepupu rapat je la. Bkn x sudi nk jejak kaki ke kg halaman tercinta lg, tp memandangkan PL ni keje mkn gaji dan cuti tahunan pun cuma 16 hari, kena la peruntukkan utk event yg sgt2 penting. Walaupun adakalanya cuti tu PL lebihkan utk agenda percutian..ahakss.
Ok...kita berbalik pd grup wassap td. Bila dh ditambah masuk dlm grup tu, terfikir pulak PL, ada baiknya juga kalo PL masukkan carta susur galur family PL dlm blog ni kan. Cuma kena ambik masa sikit la sbb tahu2 aja la tahap kerajinan PL ni di level mana. Tambahan pulak, maklumat tu mestilah di cari dr sumber yg boleh dipercayai. Apa2 pun PL tabik spring pada sepupu ayahanda PL yg merangkap Pak Sepupu PL la kan, "POK DE SOR" atas usaha murni beliau menubuhkan grup ni bagi memastikan kesinambungan sejarah keturunan kami. BRAVO POK DE..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan