Rabu, 12 Oktober 2016

Amy Melita Sabin @ Nur Aishah Amesa dah kahwin

Tanggal 9 April 2016, jam 6.20 pagi..terbanglah diriku menaiki Air Asia ke Sandakan bersama kakakku buat pertama kalinya. Sampai kat airport, kami dijemput oleh bekas rakan sekolah kakak PL iaitu abg Amir Karim. Sblm balik rumah dia..dia bawak kami pi sekolah tempat isteri dia mengajar dulu. Bukan sbb dia nk sekolahkan kami, tapi sebab nk jemput wife dia yg ada program kat sekolah ari tu. Wife abg Amir tu cikgu. Baik & cantik gebu orangnya. Nama dia Hajjah Raffidah Amit tapi lebih mesra panggil Kak Beth je. Punya la baik mereka berdua ni. tak rasa macam kawan pun. Dah macam adik beradik sndiri je.
Ok...bila dah smpai rumah dorang tu, abg Amir bancuh air utk kami. Pastu kami minum sambil berbual2 santai sementara nak tunggu tengahari.
Pada waktu tengahari tu kami bersiap2 nak pergi kenduri kahwin Mey (anak angkat kesayangan PL). Tak pasti jam berapa kami pergi tapi yang pastinya memang tengahari la sbb matahari terpacak terik waktu tu. Mey sebenarnya dah selamat bernikah dgn Jufri Hasbul pada hari Jumaat 8 April..9 April tu kiranya majlis resepsi la. Masa time nikah tu, PL tak dapat hadir sbb masih terikat dengan kekangan kerja. Nak tebus rasa bersalah, tu yang PL ambik flight lepas subuh hari berikutnya.

Ni la gambar nikah dorang. PL dapat gambar ni dr whatsapp yg Mey hantar. Masa mula2 tgk, rasa sebak campur gembira. Mulanya macam kehilangan pun ada, coz anak kesayangan kan. Dalam fikiran tu ada juga dtg fikiran negatif takut2 nanti Jufri x bagi Mey jumpa Mama Acu dia yg cantik ni..hahaha. Tapi..Juf bukan mcm tu. Dia seorang yang baik. Sebab tu Allah hantarkan dia sebagai jodoh buat puteri beta ni.


Masa kami sampai kat alamat kenduri tu, macam tercengang juga sebab nampak ada ramai orang tengah makan tapi khemahnya mana? Rupanya kami lalu jalan belakang. Kelakar kan? hahahahahahahahaha....Bila kami dah masuk ke khemah tetamu, mata terpegun saat memandang ke kanan (arah pelamin). Wahhhhh...cantiknya pengantin. Memang sesuai la gelaran raja sehari tu. Warna pelamin & pakaian yang dipilih tu pun cantik. Mekap pun cantik. Menaikkan lagi seri wajah Mey.


PL ngan kakak terus meluru ke pelamin. Excited nak salam pengantin. Lagipun masa tu tgk meja dah penuh dgn tetamu. Nasib baik la satu meja rupanya diduduki oleh si Carol the Cat a.k.a Beyonce (nama dia masa tu la..dia ni konon selebriti yang selalu tukar2 nama)..Cat, acu gurau je erk. Jangan marah2. nnt tua muka tu. Yang baju kuning tu la yang namanya budak Carol.





Eh...lupa nak bagitau yang Mey ni keturunan Dusun Kadazan & Jufri dr keturunan Bugis tapi lupa suku mana sbb Bugis pun banyak jenis suku tau. Sejak dari rumah lagi Abg Amir dah bagitau yang majlis kahwin org Bugis ni banyak manisan. Biasanya sebelum makan nasi tu, kita kena makan manisan dulu. Lepas tu baru makan nasi. PL tgk kat meja hidangan tu memang meriah betul la makanan dia. Manisan memang ada pelbagai jenis. Lupa pulak nak tangkap gambar makanan hari tu sebab perut memang dah bergurindam jiwa. Semua puding & manisan tu PL rasa serba sedikit. Fuhhh...memang sedap. Rehat dulu beberapa minit, pastu baru PL pi ambik nasi. Lauk pun banyak jenis weiiii...Bagi PL, lauk kenduri tu kategori mewah juga la sebab ada ayam salut tepung, udang sambal (paling sedap), ketam telur masin, daging blackpepper, kari, sayur campur & bergedil jagung. Abg Amir bgtau, bergedil jagung tu memang makanan tradisi Bugis. Pertama kali PL makan. Alhamdulillah, murah rezeki tuan rumah sebab lauk yang dihidangkan tu memang semua sedap. Betul2 sedap..tak tipu.





Lepas makan, PL & kakak pegi beramah mesra dengan keluarga Mey. Tak sangka PL..bila adik beradik Mey kenal PL. Abg Mey siap tahu lagi yg PL ni acu. Mummy Mey perkenalkan PL & kakak sebagai Mama angkat Mey dari KL kepada sedara mare dia yg lain. Peramah & baik mereka ni cuma Mummy Mey agak pemalu. Berbeza pulak dengan perangai Mey yg gila2 sket tu. hahahaha...Masa kami sedang berbual tu, pengantin dah masuk dalam rumah untuk tukar baju.










Memandangkan kami pun dah nak beredar dari majlis, jadi..PL & kakak pi cari pengantin kat bilik. Sempat tgk pengantin pakai 2 pasang persalinan je la. Sebenarnya ada beberapa pasang persalinan lagi lepas tu sebab majlis persandingan mereka mencecah ke waktu malam. Kami tak dapat nak tunggu sehingga malam la sebab badan rasa penat bangun awal pagi berkejar ke airport. Masa bergambar kat pelamin dalam rumah, tetiba kakak PL wat drama airmata lak. PL faham kesayuan tu sbb PL pun rasakan kesebakan tu tp PL tahan. Sebelum balik, tgkp juga la gmbr dua tiga keping untuk kenangan. Mana boleh tak tangkap gambar kan. Dah dtg dari jauh, mesti la kena ada kenangan.
BUAT ANAKANDA TERSAYANG MEMEY & JUFRI, SEMOGA SALING MENYINTAI HINGGA KE SYURGA & DIKURNAI ANAK2 COMEL YANG SOLEH & SOLEHAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan