Aku tulis puisi ini dlm keheningan malam
ditemani nyanyian cengkerik & lantunan sang katak
kekasihku...
kutitipkan bicara ini buatmu
agar kau selalu tahu
bahawa aku sgt menyayangimu
angin malam kala ini
seolah menghembuskan semangat
memberanikan aku utk berkata
bahawa "aku cinta padamu"
kekasihku..
aku hidup dengan harapan
dan aku mati kerana kerinduan
berapa kali aku hidup melalui harapanmu
dan berapa kali aku hampir mati
saat membayangkan aku tanpa cintamu
Namun...
roh dan jasadku akan tegar bersatu
saat kau suapkan manisan rindu
yg menjadi penawar dlm hari-hariku
Kekasihku...
pernahkah engkau membayangkan
kita berjalan bersama mengharungi kehidupan
berjalan atas nama cinta kita
Ya Tuhanku...
hantarkanlah kami pada apa yg Engkau kehendaki
limpahkanlah kami dengan kebahagiaan yg hakiki
p/s : puisi ni dh lama PL tulis. masa tu PL tgh asyik masyuk bercinta. skg ni PL dh single-mingle. kiranya dh jd kenangan terindah la ye..hihi
waa.. blog dh cntik aa. kne memperbanyakkan lgi la artikel yee
BalasPadamInsyaAllah...
BalasPadam