Khamis, 13 Disember 2012

cik diari hati...

Alhamdulillah 14 Nov 2012 yg lalu, ank saudara PL yg sulung dh selamat bertunang ngan gadis comel pilihan hati dia. Bertunang jugak akhirnya anak sedare aku tu slps melalui beberapa frasa putus cinta. Tp, syukurlah sbb dia dipertemukan dgn gadis comel yg baik. Family dia pun baik2. Sekali jumpa, terus sangkut n melekat kat hati.

InsyaAllah kalo xde aral nnt, 26 Jan 2013 ada lg sorang nk bertunang. Ank sdare yg kedua pulak. Skg ni PL tengah busy memerah otak, camne konsep hantaran tu nnt. Biarpun ni sekadar majlis pertunangan, tp PL teruja coz PL suka keje2 kreatif wat gubahan ni. (walaupun PL x kreatif mana pun sbnrnya..hehehe).

Masa pertunangan si abg, kami wat konsep mauve pink. Yg si adik ni mintak nk guna warna merah hitam. Dlm kepala PL ni, duk rancang nk wat simple hantaran tp nmpk cantik n classy. Rasanya mcm nk guna bunga reben yg dijahit sndri (tgk pd kerajinan gak ni). pastu tmbh manik sket n reben jurai2. kalo agak2 nmpk kosong je, baru nk tmbh rama2..

Sepatutnya PL dh kena bermula dr skg ni, maklumlah tempoh sebulan tu bukannya lama sgt. Pejam celik...dh smpai masa. Lagipun PL ni bukannya jenis org yg ada kerajinan tahap jitu. Selalu buat keje ni ikut mood je. hehehe...Tambah lak nk wat bunga yg dijahit sdri ni, mmg perlukan ketabahan & semangat yg tinggi.

Ingatkan balik keje ptg nnt terus nk pi beli bahan kat kedai, tp nmpknya hujan pulak. terpaksalah tgu hari mgu nnt la. Tertangguh la pulak kobaran semangat PL ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan